Topologi
mesh ialah satu cara di mana data, bunyi dan kaedah dihalakan antara nod
rangkaian. Ia membolehkan sambungan dan konfigurasi kerosakan atau sekatan
laluan diteruskan semula dengan loncatan dari nod ke nod sehingga tiba ke
destinasi. Satu rangkaian mesh mempunyai beberapa nod di mana semuanya
tersambung satu sama lain adalah sebuah sambungan rangkaian lengkap.
Rangkaian mesh berbeza dari rangkaian lain
dalam setiap bahagian komponennya yang membolehkan setiap sambungan ke
sambungan lain melalui loncatan dan ia biasanya tidak bergerak. Rangkaian mesh
boleh juga dilihat sebagai sejenis rangkaian ad hoc. Rangkaian ad hoc bergerak
(mobile ad-hoc network atau MANET) dan rangkaian mesh oleh itu mempunyai
hubungan rapat, tetapi MANET selalunya membahagi setiap masalah yang dikenal
pasti dengan pergerakan setiap nod.
Rangkaian
mesh adalah rangkaian yang boleh dibaiki sendiri (self-healing) di mana
rangkaian masih boleh beroperasi bila satu nod tidak dapat berfungsi atau
kerosakan pada sambungan. Ia merupakan rangkaian boleh dipercayai. Konsep ini
dapat digunakan kepada rangkaian tanpa wayar, rangkaian berkabel dan perisian
yang bertindak. Gambar animasi menunjukkan gambaran bagaimana rangkaian mesh
tanpa wayar diperbaiki.
Rangkaian
mesh tanpa wayar adalah aplikasi yang paling kerap dibincangkan di dalam seni
bina mesh. Asalnya rangkaian ini dibina untuk aplikasi untuk tentera tetapi
telah menjadi evolusi penting sedekat kemudian.
Kelebihan
ü Tahan
lasak, jika berlaku kegagalan ia tidak begitu mengganggu rangkaian jika
dibandingkan dengan topologi yang lain
ü Mudah
untuk diperbaiki
Kelemahan
ü Agak
susah untuk dipasang dan konfigurasi semula jika melibatkan komputer yang
banyak
ü Kos
penyelenggaraan sambungan berulang adalah tinggi
Topologi
cincin adalah satu topologi rangkaian komputer di mana setiap nod disambungkan
dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk
penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke
setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap
paket data.
Oleh
kerana topologi cincin menyediakan hanya satu laluan di antara dua nod,
topologi ini mungkin akan terganggu jika berlaku kegagalan di antara satu
pautan. Satu nod gagal berfungsi atau kerosakan kabel berlaku menyebabkan semua
nod akan terasing dari topologi cincin. Banyak rangkaian cincin menambah satu
"kaunter cincin berputar" untuk membentuk satu topologi berlebihan.
Kelebihan
- ·
Rangkaian ini tidak memerlukan komputer
pelayan.
- ·
Rangkaian boleh dibina lebih luas
menggunakan gelang token.
Kelemahan
- ·
Satu komputer tidak berfungsi
menyebabkan masalah dalam rangkaian.
- ·
Tidak mudah untuk membaik pulih jika
berlaku kerosakan.
- ·
Kad rangkaian jenis MAU mahal dari kad
rangkaian jenis ethernet.
- ·
Lebih perlahan dari rangkaian ethernet.
Topologi
bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari komputer akan masuk
ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali
sebagai hab. Topologi bintang ini juga boleh dikembangkan untuk membentuk
rangkaian yang dikenali sebagai topologi bintang hibrid iaitu sambungan dengan
beberapa hab.
Hab
aktif
Hab jenis aktif menjana
semula isyarat elektrik dan menghantarnya kesemua komputer dalam rangkaian. Hab
ini juga dikenali sebagai multiport repeater. Hab dan switch jenis aktif
memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.
Hab
pasif
Hab jenis pasif hanya
bertindak sebagai punca penyambungan yang akan menguatkan atau menjana semula
sebarang isyarat yang melaluinya. Hab jenis pasif tidak memerlukan bekalan
kuasa untuk berfungsi.
Kelebihan
- Mudah untuk diubahsuai
dan menambah komputer dalam bintang tanpa mengganggu rangkaian.
- Baik pulih rangkaian
mudah dilakukan di pusat bintang.
- Satu komputer rosak
tidak semestinya menjejaskan rangkaian.
- Boleh menggunakan
beberapa jenis kabel dalam rangkaian yang sama, dengan hab yang boleh menerima
jenis-jenis kabel yang berlainan.
Kelemahan
- Rangkaian tidak dapat
berfungsi jika hab gagal berfungsi.
- Memerlukan peranti di
pusat bintang untuk rebroadcast atau tukarkan(switch) trafik rangkaian.
- Harga lebih tinggi
kerana semua kabel perlu ditarik daripada pusat.
Topologi
bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi rangkaian komputer yang
paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau
tulang belakang, yang menyambungkan semua komputer dalam rangkaian ke dalam
satu barisan.
Penghantaran
Isyarat
Data
dalam rangkaian berada dalam bentuk isyarat elektronik, ia dihantar kepada
semua komputer dalam rangkaian. Maklumat ini hanya akan diterima oleh komputer
yang mempunyai alamat yang sepadan dengan alamat yang dikodkan oleh isyarat
asal. Hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar isyarat atau data dalam
tempoh satu masa.
Oleh
kerana hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar data dalam satu masa,
maka ini akan memberi kesan kepada prestasi rangkaian apabila bilangan komputer
dalam rangkaian bertambah. Semakin banyak komputer yang tersambung maka semakin
lama komputer menunggu giliran untuk menghantar data dan rangkaian akan menjadi
semakin perlahan.
Selain itu, ada juga
faktor lain yang mempengaruhi kelajuan rangkaian, antaranya:
-
Keupayaan perkakasan komputer dalam
rangkaian.
-
Jumlah kekerapan komputer menghantar
data.
-
Jenis aplikasi yang sedang dilaksanakan
dalam rangkaian.
-
Jenis kabel yang digunakan dalam
rangkaian.
-
Jarak di antara satu komputer dengan
komputer yang lain dalam rangkaian.
Lantunan
Isyarat
Data
yang berupa isyarat elektronik yang dihantar ke seluruh rangkaian akan bergerak
dari pangkal hingga ke hujung kabel rangkaian. Jika isyarat ini tidak
dihentikan, isyarat ini akan melantun ke hadapan dan ke belakang di sepanjang
talian tersebut. Ini akan menyebabkan komputer lain tidak dapat menghantar
isyarat atau data. Maka dengan itu isyarat ini harus dihentikan setelah ia
sampai ke alamat yang dituju.
Kelebihan
- Mudah dilaksanakan
- Sesuai untuk rangkaian
sementara atau rangkaian kecil yang tidak memerlukan kelajuan tinggi
(pemasangan segera)
- Kos yang murah
- Lebih efektif kerana
menggunakan satu kabel
- Kerosakan mudah dikesan
Kelemahan
- Jika satu kabel rosak
atau terputus, maka keseluruhan rangkaian tidak dapat berfungsi. Ini kerana
berlakunya lantunan isyarat di dalam rangkaian.
- Panjang kabel dan
bilangan komputer terhad
- Menjadi perlahan
apabila banyak komputer disambungkan