Thursday, 4 May 2017

MEDIA PENGHANTARAN

  • ·         Kabel digunakan untuk menyambungkan secara fizikal peralatan dalam rangkaian supaya penghantaran dan penerimaan data boleh berlaku di antara peralatan tersebut.
  • ·         Terdapat 4 jenis media penghantaran yang utama.

-          Kabel coaxial
-          Kabel twisted pair
-          Kabel gentian optik (optic fibre)
-          Gelombang mikro (microwave)









KABEL PASANGAN TERPIUH (TWISTED PAIR CABLE)

ü  Kabel twisted pair dibina oleh dua wayar kuprum penebat yang berpintal. Pasangan wayar ini bertindak sebagai satu laluan komunikasi.
ü  Kebiasaannya beberapa pasangan wayar ini akan dikumpulkan dalam satu kabel.
ü  Sekiranya penghantaran itu pada jarak yang jauh, maka kabel ini akan mengandungi beberapa ratus pasangan wayar.
ü  Terdapat dua jenis kabel twisted pair :
·         Kabel unshield twisted pair (UTP)
·         Kabel shield twisted pair (STP)





PEMASANGAN KABEL UTP

1.      PEMASANGAN LURUS
-          Untuk pemasangan jenis ini, biasa digunakan untuk menghubungkan 2 peranti yang berbeza
-          Contoh : komputer dan switch
-          Kabel pemasangan lurus mempunyai sambungan wayar kod warna yang sama dikedua hujung.

2.      PEMASANGAN TERBALIK
-          Penggunaan kabel terbalik ini digunakan untuk komunikasi antara 2 peranti yang sama


KABEL STP
*      STP menggunakan jaket jalinan jejaring kuprum yang mana lebih berkualiti dan mempunyai jaket keselamatan yang lebih baik berbanding dengan UTP.

*      Ia juga mampu menyokong penghantaran data yang lebih jauh jaraknya.  

     KABEL GENTIAN OPTIK
*      Merupakan kabel yang menerima dan menghantar isyarat cahaya
*      Ia diperbuat daripada gentian kaca atau gelas.
*      Mengandungi satu teras yang di buat daripada kaca yang terletak di tengah-tengah.
      
       

    




KEBAIKAN KABEL GENTIAN OPTIK

ü  Nipis
ü  Muatan tinggi
ü  Kurang kadar kelemahan isyarat
ü  Isyarat digital
ü  Tidak mudah terbakar/meletup
ü  Ringan
ü  Keluasan jalur lebar
ü  Mudah diselenggara















No comments:

Post a Comment