DEFINISI INTERNET
Definisi internet adalah jaringan besar yang saling berhubungan dari
jaringan-jaringan komputer yang menghubungkan orang-orang dan komputer-komputer
diseluruh dunia, melalui telefon, satelit dan sistem-sistem komunikasi yang
lain.
KEBAIKAN & KEBURUKAN INTERNET
INTERNET???
1) MENDAPATKAN MAKLUMAT
Antara
kebaikan internet ialah ia membolehkan kita untuk mendapatkan maklumat
tentang sesuatu
perkara. Sebagai contoh, internet banyak digunakan oleh pelajar sekolah dan
pelajar universiti untuk mendapatkan
maklumat tentang pelajaran. Dengan menggunakan perkhidmatan internet, kita akan
mendapat maklumat yang diperlukan dengan cepat dan kosnya pun murah. Maklumat-maklumat ini boleh dicetak
atau disimpan dalam computer dengan cepat dan mudah.
2) BERKONGSI
MAKLUMAT
Selain
itu, kita juga boleh menggunakan internet untuk menghantar sesuatu berita atau maklumat. Kita boleh
menghantar maklumat atau berita melalui perkhidmatan e-mel.Perkhidmatan e-mel
ini adalah percuma dan cepat sampai kepada pihak penerima. Pihak penerima juga boleh menghantar maklumat
atau berita kepada kita dengan cepat.
3) PELUANG PERNIAGAAN
Kebaikan
internet yang seterusnya ialah ia membantu aktiviti perniagaan. Peniaga boleh mengiklan dan
menjual barang-barang keluaran syarikat mereka secara langsung kepada pelanggan di
seluruh dunia. Dengan ini peniaga pasti
akan mendapatkeuntungan
yang lebih banyak. Pelanggan juga dapat mengurangkan kos apabila membeli barang-barang daripada internet.
4) MEMBAYAR BIL
Di
samping itu, kita juga boleh membayar pelbagai jenis bil melalui
internet. Dengan
kemudahan yang ada di internet ini, kita boleh menjimatkan wang bagi kos pengangkutan untuk
membayar bil seperti bil telefon, elektrik dan air. Kita juga dapat
menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi untuk beratur panjang di kaunter
pembayaran bil.
5) MEDIUM HIBURAN
Dengan
menggunakan internet, kita juga boleh mendapatkan pelbagai jenis hiburan. Kita boleh mendengar
radio daripada pelbagai stesen radio. Kita juga boleh menonton televisyen daripada
pelbagai stesen televisyen. Melalui perkhidmatan internet, kita juga boleh menonton pelbagai jenis sukan di seluruh
dunia secara langsung.
APLIKASI INTERNET DALAM
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P)
- Aplikasi yang digunakan dalam
aktiviti pembelajaran sebagai medium
kemudahan yang boleh digunakan oleh pelajar dan guru.
- Contoh aplikasi internet,
seperti facebook, wechat, google, gmail, yahoo mail,
e-learning, portal, MOOC
dan lain-lain.



No comments:
Post a Comment