Sunday, 21 May 2017

Phishing & Web Spoofing


PHISHING?









SPOOFING?


Spoofing adalah tekhnik yang digunakan untuk mengakses yang tidak sah ke suatu komputer dimana si penyerang masuk dengan cara berpura-pura memalsukan bahwa mereka host yang dapat dipercaya
biasanya dilakukan oleh seorang hacker.


INTERNET







DEFINISI INTERNET

Definisi internet adalah jaringan besar yang saling berhubungan dari jaringan-jaringan komputer yang menghubungkan orang-orang dan komputer-komputer diseluruh dunia, melalui telefon, satelit dan sistem-sistem komunikasi yang lain.


KEBAIKAN & KEBURUKAN INTERNET



INTERNET???



1) MENDAPATKAN MAKLUMAT

Antara kebaikan internet ialah ia membolehkan kita untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, internet banyak digunakan oleh pelajar sekolah dan pelajar universiti untuk mendapatkan maklumat tentang pelajaran. Dengan menggunakan perkhidmatan internet, kita akan mendapat maklumat yang diperlukan dengan cepat dan kosnya pun murah. Maklumat-maklumat ini boleh dicetak atau disimpan dalam computer dengan cepat dan mudah.

2) BERKONGSI MAKLUMAT

Selain itu, kita juga boleh menggunakan internet untuk menghantar sesuatu berita atau maklumat. Kita boleh menghantar maklumat atau berita melalui perkhidmatan e-mel.Perkhidmatan e-mel ini adalah percuma dan cepat sampai kepada pihak penerima. Pihak penerima juga boleh menghantar maklumat atau berita kepada kita dengan cepat.

3) PELUANG PERNIAGAAN

Kebaikan internet yang seterusnya ialah ia membantu aktiviti perniagaan. Peniaga boleh mengiklan dan menjual barang-barang keluaran syarikat mereka secara langsung kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan ini peniaga pasti akan mendapatkeuntungan yang lebih banyak. Pelanggan juga dapat mengurangkan kos apabila membeli barang-barang daripada internet.

4) MEMBAYAR BIL             

Di samping itu, kita juga boleh membayar pelbagai jenis bil melalui internet. Dengan kemudahan yang ada di internet ini, kita boleh menjimatkan wang bagi kos pengangkutan untuk membayar bil seperti bil telefon, elektrik dan air. Kita juga dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi untuk beratur panjang di kaunter pembayaran bil.


5) MEDIUM  HIBURAN

Dengan menggunakan internet, kita juga boleh mendapatkan pelbagai jenis hiburan. Kita boleh mendengar radio daripada pelbagai stesen radio. Kita juga boleh menonton televisyen daripada pelbagai stesen televisyen. Melalui perkhidmatan internet, kita juga boleh menonton pelbagai jenis sukan di seluruh dunia secara langsung.


APLIKASI INTERNET DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P)

         -         Aplikasi yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran sebagai medium                                       kemudahan yang boleh digunakan oleh pelajar dan guru.

         -         Contoh aplikasi internet, seperti facebook, wechat, google, gmail, yahoo mail, 
                   e-learning, portal, MOOC dan lain-lain.











Friday, 5 May 2017

Discussion from e-learning (part 2)

What is internet?

by NOR ATIKAH BINTI HASSAN A16PP0039 - Monday, 20 March 2017, 10:28 AM
Internet ialah singkatan bagi Internetwork.Internet merupakan gabungan 
rangkaian komputer seluruh dunia yang menggunakan Protokol Internet.
Antara kegunaan Internet adalah untuk berkomunikasi  dan berkongsi maklumat.
Akses ke Internet memerlukan pengguna melanggan perkhidmatan Internet
melalui pembekal perkhidmatan Internet.Pembekal perkhidmatan Internet
menyediakan capaian Internet kepada pengguna.


Let discuss about the internet

by NOR ATIKAH BINTI HASSAN A16PP0039 - Monday, 20 March 2017, 9:31 AM
Internet (kependekan dari interconnection-networking) adalah seluruh jaringan komputer
yang saling terhubung menggunakan standardsistem global Transmission Control Protocol/
Internet Protocol Suite (TCP/IP) sebagai protokol pertukaran paket
(packet switching communication protocol) untuk melayani miliaran pengguna di seluruh dunia.
Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet.
Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking ("antarjaringan").
https://id.wikipedia.org/wiki/Internet

Here's How Many Internet Users There Are
More than 3 billion people are now using the Internet, according to the United Nations agency
that oversees international communications.
The number of Internet users has increased from 738 million in 2000 to 3.2 billion in 2015,
 according to a new report from the International Telecommunication Union.
That's a seven-fold increase that brought Internet penetration up from 7% to 43% of the
global population. Of all connected individuals,
the ITU says most of them — some 2 billion — live in developing 
https://timedotcom.files.wordpress.com/2015/05/screen-shot-2015-05-26-at-11-03-25-am.png

Much of the growth in web connectivity has come from mobile. Mobile broadband penetration
has gone up 12-fold since 2007, and this year 69% of people on earth will be covered by
3G broadband. Meanwhile, growth in fixed-broadband connectivity has slowed, 
with just 7% annual growth over the last three years. 
That's likely because access to it is 1.7 times more expensive than the average comparable
mobile broadband plan.
http://time.com/money/3896219/internet-users-worldwide/

Discussion from e-learning

what can you do with computer networks?
by NOR ATIKAH BINTI HASSAN A16PP0039 - Monday, 27 February 2017, 9:59 AM


  • Rangkaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya.
  • Rangkaian komputer merupakan satu sistem komputer yang mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain melalui sistem operasinya yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada di tempat-tempat yang jauh.
  • Rangkaian komputer menggunakan kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit dan infra red.


  • KELEBIHAN RANGKAIAN

    Rangkaian memberi kelebihan dan kebaikan yang banyak kepada pengguna terutama dalam bidang yang melibatkan kos yang tinggi iaitu perniagaan, perkapalan, perbankan dan sebagainya. Antara kelebihan dan kebaikan menggunakan rangkaian ialah:

    1. Berkongsi fail -  pengguna boleh berkongsi fail yang disimpan di pelayan (server) atau komputer pusat
    2. Memindah fail - Memudahkan pemindahan fail atau dokumen dari satu komputer ke komputer lain
    3. Berkongsi perisian - memudahkan pengguna berkongsi perisian bagi menjimatkan kos pembelian.
    4. Berkongsi data - data boleh dimasukkan serentak oleh satu atau dua pengguna ke dalam aplikasi dan pada masa yang sama pengguna lain boleh menggunakan data tersebut.
    5. Berkongsi pencetak - pengguna tidak perlu membeli pencetak yang lain dengan cara berkongsi pencetak dengan pengguna yang lain.
    6. Menggunakan mel elektronik - pengguna boleh menghantar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

    Topologi Rangkaian

    Topologi Mesh



    Topologi mesh ialah satu cara di mana data, bunyi dan kaedah dihalakan antara nod rangkaian. Ia membolehkan sambungan dan konfigurasi kerosakan atau sekatan laluan diteruskan semula dengan loncatan dari nod ke nod sehingga tiba ke destinasi. Satu rangkaian mesh mempunyai beberapa nod di mana semuanya tersambung satu sama lain adalah sebuah sambungan rangkaian lengkap.
     Rangkaian mesh berbeza dari rangkaian lain dalam setiap bahagian komponennya yang membolehkan setiap sambungan ke sambungan lain melalui loncatan dan ia biasanya tidak bergerak. Rangkaian mesh boleh juga dilihat sebagai sejenis rangkaian ad hoc. Rangkaian ad hoc bergerak (mobile ad-hoc network atau MANET) dan rangkaian mesh oleh itu mempunyai hubungan rapat, tetapi MANET selalunya membahagi setiap masalah yang dikenal pasti dengan pergerakan setiap nod.
    Rangkaian mesh adalah rangkaian yang boleh dibaiki sendiri (self-healing) di mana rangkaian masih boleh beroperasi bila satu nod tidak dapat berfungsi atau kerosakan pada sambungan. Ia merupakan rangkaian boleh dipercayai. Konsep ini dapat digunakan kepada rangkaian tanpa wayar, rangkaian berkabel dan perisian yang bertindak. Gambar animasi menunjukkan gambaran bagaimana rangkaian mesh tanpa wayar diperbaiki.
    Rangkaian mesh tanpa wayar adalah aplikasi yang paling kerap dibincangkan di dalam seni bina mesh. Asalnya rangkaian ini dibina untuk aplikasi untuk tentera tetapi telah menjadi evolusi penting sedekat kemudian.

    Kelebihan
    ü  Tahan lasak, jika berlaku kegagalan ia tidak begitu mengganggu rangkaian jika dibandingkan dengan topologi yang lain
    ü  Mudah untuk diperbaiki


    Kelemahan
    ü  Agak susah untuk dipasang dan konfigurasi semula jika melibatkan komputer yang banyak
    ü  Kos penyelenggaraan sambungan berulang adalah tinggi

         

    Topologi Cincin (Ring)



    Topologi cincin adalah satu topologi rangkaian komputer di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.
    Oleh kerana topologi cincin menyediakan hanya satu laluan di antara dua nod, topologi ini mungkin akan terganggu jika berlaku kegagalan di antara satu pautan. Satu nod gagal berfungsi atau kerosakan kabel berlaku menyebabkan semua nod akan terasing dari topologi cincin. Banyak rangkaian cincin menambah satu "kaunter cincin berputar" untuk membentuk satu topologi berlebihan.

    Kelebihan
    • ·         Rangkaian ini tidak memerlukan komputer pelayan.
    • ·         Rangkaian boleh dibina lebih luas menggunakan gelang token.


    Kelemahan
    • ·         Satu komputer tidak berfungsi menyebabkan masalah dalam rangkaian.
    • ·         Tidak mudah untuk membaik pulih jika berlaku kerosakan.
    • ·         Kad rangkaian jenis MAU mahal dari kad rangkaian jenis ethernet.
    • ·         Lebih perlahan dari rangkaian ethernet.


    Topologi Bintang (Star)




    Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari komputer akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab. Topologi bintang ini juga boleh dikembangkan untuk membentuk rangkaian yang dikenali sebagai topologi bintang hibrid iaitu sambungan dengan beberapa hab.

    Hab aktif
    Hab jenis aktif menjana semula isyarat elektrik dan menghantarnya kesemua komputer dalam rangkaian. Hab ini juga dikenali sebagai multiport repeater. Hab dan switch jenis aktif memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.

    Hab pasif
    Hab jenis pasif hanya bertindak sebagai punca penyambungan yang akan menguatkan atau menjana semula sebarang isyarat yang melaluinya. Hab jenis pasif tidak memerlukan bekalan kuasa untuk berfungsi.

    Kelebihan
    • Mudah untuk diubahsuai dan menambah komputer dalam bintang tanpa mengganggu rangkaian.
    • Baik pulih rangkaian mudah dilakukan di pusat bintang.
    • Satu komputer rosak tidak semestinya menjejaskan rangkaian.
    • Boleh menggunakan beberapa jenis kabel dalam rangkaian yang sama, dengan hab yang boleh menerima jenis-jenis kabel yang berlainan.


    Kelemahan
    • Rangkaian tidak dapat berfungsi jika hab gagal berfungsi.
    • Memerlukan peranti di pusat bintang untuk rebroadcast atau tukarkan(switch) trafik rangkaian.
    • Harga lebih tinggi kerana semua kabel perlu ditarik daripada pusat.


    Topologi Bas (Bus)



    Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi rangkaian komputer yang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang, yang menyambungkan semua komputer dalam rangkaian ke dalam satu barisan.

    Penghantaran Isyarat

    Data dalam rangkaian berada dalam bentuk isyarat elektronik, ia dihantar kepada semua komputer dalam rangkaian. Maklumat ini hanya akan diterima oleh komputer yang mempunyai alamat yang sepadan dengan alamat yang dikodkan oleh isyarat asal. Hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar isyarat atau data dalam tempoh satu masa.
    Oleh kerana hanya satu komputer sahaja yang boleh menghantar data dalam satu masa, maka ini akan memberi kesan kepada prestasi rangkaian apabila bilangan komputer dalam rangkaian bertambah. Semakin banyak komputer yang tersambung maka semakin lama komputer menunggu giliran untuk menghantar data dan rangkaian akan menjadi semakin perlahan.
    Selain itu, ada juga faktor lain yang mempengaruhi kelajuan rangkaian, antaranya:
    -          Keupayaan perkakasan komputer dalam rangkaian.
    -          Jumlah kekerapan komputer menghantar data.
    -          Jenis aplikasi yang sedang dilaksanakan dalam rangkaian.
    -          Jenis kabel yang digunakan dalam rangkaian.
    -          Jarak di antara satu komputer dengan komputer yang lain dalam rangkaian.

    Lantunan Isyarat

    Data yang berupa isyarat elektronik yang dihantar ke seluruh rangkaian akan bergerak dari pangkal hingga ke hujung kabel rangkaian. Jika isyarat ini tidak dihentikan, isyarat ini akan melantun ke hadapan dan ke belakang di sepanjang talian tersebut. Ini akan menyebabkan komputer lain tidak dapat menghantar isyarat atau data. Maka dengan itu isyarat ini harus dihentikan setelah ia sampai ke alamat yang dituju.

     Kelebihan

    • Mudah dilaksanakan
    • Sesuai untuk rangkaian sementara atau rangkaian kecil yang tidak memerlukan kelajuan tinggi (pemasangan segera)
    • Kos yang murah
    • Lebih efektif kerana menggunakan satu kabel
    • Kerosakan mudah dikesan

     Kelemahan

    • Jika satu kabel rosak atau terputus, maka keseluruhan rangkaian tidak dapat berfungsi. Ini kerana berlakunya lantunan isyarat di dalam rangkaian.
    • Panjang kabel dan bilangan komputer terhad
    • Menjadi perlahan apabila banyak komputer disambungkan










    Thursday, 4 May 2017

    MEDIA PENGHANTARAN

    • ·         Kabel digunakan untuk menyambungkan secara fizikal peralatan dalam rangkaian supaya penghantaran dan penerimaan data boleh berlaku di antara peralatan tersebut.
    • ·         Terdapat 4 jenis media penghantaran yang utama.

    -          Kabel coaxial
    -          Kabel twisted pair
    -          Kabel gentian optik (optic fibre)
    -          Gelombang mikro (microwave)









    KABEL PASANGAN TERPIUH (TWISTED PAIR CABLE)

    ü  Kabel twisted pair dibina oleh dua wayar kuprum penebat yang berpintal. Pasangan wayar ini bertindak sebagai satu laluan komunikasi.
    ü  Kebiasaannya beberapa pasangan wayar ini akan dikumpulkan dalam satu kabel.
    ü  Sekiranya penghantaran itu pada jarak yang jauh, maka kabel ini akan mengandungi beberapa ratus pasangan wayar.
    ü  Terdapat dua jenis kabel twisted pair :
    ·         Kabel unshield twisted pair (UTP)
    ·         Kabel shield twisted pair (STP)





    PEMASANGAN KABEL UTP

    1.      PEMASANGAN LURUS
    -          Untuk pemasangan jenis ini, biasa digunakan untuk menghubungkan 2 peranti yang berbeza
    -          Contoh : komputer dan switch
    -          Kabel pemasangan lurus mempunyai sambungan wayar kod warna yang sama dikedua hujung.

    2.      PEMASANGAN TERBALIK
    -          Penggunaan kabel terbalik ini digunakan untuk komunikasi antara 2 peranti yang sama


    KABEL STP
    *      STP menggunakan jaket jalinan jejaring kuprum yang mana lebih berkualiti dan mempunyai jaket keselamatan yang lebih baik berbanding dengan UTP.

    *      Ia juga mampu menyokong penghantaran data yang lebih jauh jaraknya.  

         KABEL GENTIAN OPTIK
    *      Merupakan kabel yang menerima dan menghantar isyarat cahaya
    *      Ia diperbuat daripada gentian kaca atau gelas.
    *      Mengandungi satu teras yang di buat daripada kaca yang terletak di tengah-tengah.
          
           

        




    KEBAIKAN KABEL GENTIAN OPTIK

    ü  Nipis
    ü  Muatan tinggi
    ü  Kurang kadar kelemahan isyarat
    ü  Isyarat digital
    ü  Tidak mudah terbakar/meletup
    ü  Ringan
    ü  Keluasan jalur lebar
    ü  Mudah diselenggara